Monday, 27 February 2012

LATIHAN RUMAH-RUMAH SUKAN

Murid-murid rumah sukan

BERPINDAH KE TAPAK SEKOLAH BARU





Sekolah Kebangsaan Matang telah berpindah ke kawasan baru mulai Januari 2003. Pada awalnya sekolah ini ingin dijadikan Sekolah Wawasan namun atas sebab-sebab tertentu ianya tidak berjaya. Dengan itu hanya murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Matang yang belajar di Muzium Kota Ngah Ibrahim saja yang berpindah ke bangunan baru ini.

Sekolah ini meliputi kawasan yang luas dan berada bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang. Sekolah ini mempunyai kelas yang banyak dan terdapat bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Seni, Makmal Komputer, Bilik Akses, Bilik Sains dan sebagainya. Disamping itu terdapat juga Pra Sekolah dan Program Pendidikan Kelas Integrasi untuk murid-murid yang bermasalah pembelajaran. Pusat Kegiatan Guru Zon Simpang juga terdapat di sini.

Sekolah ini juga berkongsi padang dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang. Pelbagai aktiviti dijalankan disini yang mana dapat mengeratkan lagi perhubungan antara guru dan murid-murid rendah dan menengah.