Wednesday, 12 September 2012

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN UPSR 2012



Ketua Pengawas sedang mengawas calon




Calon UPSR sedang tekun menjawab soalan



Seramai 39 orang calon menduduki UPSR termasuk 2 orang
dari Kelas Pendidikan Khas


Peperiksaan UPSR 2012 mula berjalan pada 11 September hingga
13 September 2012.
Semua warga SKM mendoakan agar semua anak didik yang menduduki ujian tersebut dapat menjawab peperiksaan dalam keadaan tenang.

Seramai 39 orang calon yang menduduki peperiksaan pada tahun ini.
Pihak sekolah mensasarkan 7 orang akan memperolehi pencapaian 5A.

Moga-moga hasrat yang diharapkan akan tercapai apabila keputusan UPSRkeluar pada penghujung tahun ini.

Selamat Maju Jaya.

Friday, 25 May 2012

CUTI PERTENGAHAN TAHUN


Selamat Bercuti
Pertengahan Penggal 1 2012
26 Mei 2012 hingga 10 Jun 2012

Selamat Bercuti kepada semua guru dan murid SK Matang.
Ambil kesempatan cuti ini untuk bersama keluarga dengan pelbagai
program yang dapat merapatkan lagi hubungan kasih sayang dan silatul rahim.

Kepada murid-murid tahun 6 jangan lupa, program kelas tambahan
akan diadakan pada Hari Isnin hingga Khamis (Minggu Pertama Cuti )
Gunakanlah ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru sebagai persiapan
dan persediaan bagi menghadapi Peperiksaan UPSR nanti.

 


Monday, 21 May 2012

PROGRAM PERSEDIAAN PKSR 1 2012

Puan Norizan selaku PK Hal Ehwal Murid
sedang menyampaikan Taklimat SOP Peperiksaan

Guru yang setia memantau penyertaan
murid dalam aktiviti yang dijalankan

Tuan Haji Zolkefli sedang menyampaikan
ceramah motivasi diri



Monday, 27 February 2012

LATIHAN RUMAH-RUMAH SUKAN

Murid-murid rumah sukan

BERPINDAH KE TAPAK SEKOLAH BARU





Sekolah Kebangsaan Matang telah berpindah ke kawasan baru mulai Januari 2003. Pada awalnya sekolah ini ingin dijadikan Sekolah Wawasan namun atas sebab-sebab tertentu ianya tidak berjaya. Dengan itu hanya murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Matang yang belajar di Muzium Kota Ngah Ibrahim saja yang berpindah ke bangunan baru ini.

Sekolah ini meliputi kawasan yang luas dan berada bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang. Sekolah ini mempunyai kelas yang banyak dan terdapat bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber, Bilik Muzik, Bilik Pendidikan Seni, Makmal Komputer, Bilik Akses, Bilik Sains dan sebagainya. Disamping itu terdapat juga Pra Sekolah dan Program Pendidikan Kelas Integrasi untuk murid-murid yang bermasalah pembelajaran. Pusat Kegiatan Guru Zon Simpang juga terdapat di sini.

Sekolah ini juga berkongsi padang dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang. Pelbagai aktiviti dijalankan disini yang mana dapat mengeratkan lagi perhubungan antara guru dan murid-murid rendah dan menengah.